“Melompat kerana rakyat.” Demikian kata Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi.<br /><br />Tegasnya Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti tidak wajar dilaksanakan dan tidak munasabah untuk dibahaskan.<br /><br />Beliau berpendapat individu mempunyai hak kebebasan bersuara dan memilih seperti di negara maju yang lain.